SEJARAH


      Seorang pemain gasing veteran, yang tinggal di kawasan pinggir Sungai Pahang berkata bahawa permainan gasing ini bermula dengan penciptaan alat memburu binatang yang berbentuk leper dan bulat. Apabila dilemparkan alat ini berpusing ligat dan melayang sebelum mengenai binatang buruan. Mereka kemudian menggunakan tali untuk mendapatkan pukulan yang lebih kuat. Dari sinilah mereka menggunakannya sebagai satu cara untuk menguji kecekapan seseorang itu mencampakkannya dan mengenai sasaran. Alat tersebut kemudian direka bentuk sedemikian rupa hinggalah seperti bentuk seperti gasing yang terdapat pada hari ini.



    Kaum etnik yang terlibat dalam permainan tradisional gasing ini ialah masyarakat di Pantai Timur Semenanjung Malysia terutama Kelantan dan Terangganu.Permainan tradisional gasing ini biasanya dimain kan oleh kaum lelaki tetapi kadangkaa terdapat juga wanita yang berminat dalam permainan tradisonal ini.kebanyakan yang bermain gasing adalah terdiri di kalangan orang Melayu.Walaubagaimanapun bangsa lain juga turut digalakkan memain permainan tradisional ini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan