JENIS GASING

HARGA GASING YANG DIJUAL DISINI!

Gasing Toyol = RM 100.00
Gasing Begelen = RM 200.00
Gasing Botol = RM 300.00


Jenis Gasing
Gasing toyol
Gasing begelen
Gasing berembang
Gasing jantung
Gasing kuno
Gasing lang laut
Gasing leper
Gasing leper Kelantan
Gasing pacitan
Gasing pangkah
Gasing tanjung
Gasing uri

Gasing toyol

Gasing Toyol merupakan sejenis gasing yang berbentuk tinggi seperti berembang dengan
berat sekitar 0.6 kg. Gasing toyol mempunyai lilitan sekitar 36 cm dengan ketinggian
sekitar 12 cm. Gasing Toyol banyak dimainkan di Melaka. Seperti juga toyol yang sering
mengganggu, mengacau dan mencuri, begitu jugalah pusingan gasing ini yang digunakan
untuk mengganggu, mengacau, mencuri ruang masa dan mudah bergesel dengan gasing
lain. Ketika dalam permainan, gasing toyol mestilah dipangkah dahulu, jika tidak ia akan
mengganggu gasing-gasing lain. Pada masa kini, pemain gasing di Selangor dan Negeri
Sembilan mula menggunakannya sebagai pengacau.

Gasing begelen
Gasing Begelen merupakan sejenis gasing yang berbentuk rendah seperti piring dengan
berat sekitar 0.5 kg. Gasing begelen mempunyai lilitan sekitar 30 cm dengan ketinggian
sekitar 8 cm.Gasing ini merupakan gasing Jawa dan merupakan bentuk asas gasing leper
Johor dan gasing uri. Ia diperbuat daripada kayu jenis ringan seperti leban atau gelam
tetapi telah disimpai dengan menggunakan keluli. Gasing jenis ini juga terdapat di Sabah
dan Brunei. Selain digunakan untuk memusing, ia juga boleh digunakan untuk
memangkah. Bagi pemain Johor, gasing ini hanya digunakan untuk bermain dalam
gelanggang yang becak sahaja

Gasing botol 
Gasing Botol merupakan sejenis gasing yang berbentuk bulat seperti botol berat sekitar 0.3 kg. Gasing Botol mempunyai lilitan sekitar 7 cm. Gasing ini merupakan gasing yang asal usulnya dari Negeri Pahang. ia diperbuat dari kayu pokok balak yang ringan dan kuat dari segi ketahananya. Selain digunakan untuk memusing, ia juga boleh digunakan untuk memancing si pemankah. Bagi pemain Pahang, gasing ini hanya digunakan untuk bermain dalam geleanggan yang kering. 

2 ulasan:

  1. Hi there, I'm from Sambas, West Borneo Indonesia. Here we also have traditional game named "Pangkak Gasing". If you interest to our gasing you can order it from us. Our gasing is designed for extreme game, we play it to crush another gasing. trust me this is very interesting game it also need brave and adrenaline. For more information about the gasing or the game you can contact us at frizkianto@ymail.com.
    Thanks.

    BalasPadam
  2. Hi there, I'm from Sambas, West Borneo Indonesia. Here we also have traditional game named "Pangkak Gasing". If you interest to our gasing you can order it from us. Our gasing is designed for extreme game, we play it to crush another gasing. trust me this is very interesting game it also need brave and adrenaline. For more information about the gasing or the game you can contact us at frizkianto@ymail.com.
    Thanks.

    BalasPadam